Assalamualaikum wbt,
Dari sebelum ada boifren, smpai dah ada boifren and sampailah kahwin, aku teringin sgt nak ada anak... Teringin nak dipanggil mama, teringin nak jadi org yang dicari bila dia nak susu or nak comfort dia bila dia jatuh, teringin nak didik dia jadi anak solehah, teringin... teringin sgt..
Setelah more than 8 months of praying, hoping and trying, aku disahkan pregnant.. bahagianya, bersyukur pada Allah.. dan Allah tambahkan nikmat pada kami 5 minggu slps tu dgn kehadiran 2 degupan jantung... aku disahkan pregnant kembar... :)
Tiap-tiap hari aku bercakap dgn baby, tiap2 hari bila mengaji, aku explain kat baby, kenapa kita kena mengaji, kadang2 aku baca terjemahan pada baby, and bila dah 5 bulan lebih, dia start respon, bila azan, dia bergerak, bila aku ckp dgn dia, dia bergerak, bila nak tido dia takkan berhenti bergerak sampai aku dodoikan dgn "Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillah Wallahuakbar".. then baru la dia tido.. Anak mama pandai sgt..
6 Bulan 8 hari, aku start contraction sikit, then turun darah.. 2 hari selepas tu, 5 April 2005 lahirlah baby mama Nur Amni Izzah & Nur Amni Izzati. Dua-dua nama anak mama bermaksud "Cahaya Ketenanganku, Kekuatanku & kemuliaanku". Sesuai dgn namanya, kami bahagia sgt, tenang tgk anak2 kami, and baby mama kuat sgt, pandai, dah menangis, bukak mata tgk mama n abah, dah boleh pegang jari mama n abah...
Tapi sesungguhnya Allah lebih sayangkan baby mama, Allah bagi pinjam kat mama n abah 3 hari je... anak mama pergi dulu.. Nur Amni izzati yang pergi dulu, Khamis, 7 April 2005, jam 6.35 ptg, Amni Izzati tunggu sampai abah dia habis baca yassin utk dia..
Keesokan harinya, Jumaat, 8 April 2005, jam 12.00 tgh hari, Amni Izzah pergi... juga betul-betul selepas abah dia selesai baca yassin utknya..
Baby yang tiada dosa... jenazah anak-anak mama harum sgt...bau segar yang amat... dan baby mama nampak macam tido aje...
Walaupun hanya 3 hari kita bersama sayang, mama sepenuh hati sayangkan anak2 mama, mama bersyukur sgt diberi peluang berjumpa dgn anak2 mama didunia nie... takpe ye sayang... Nanti insyaAllah kita jumpa kat sana... sekarang nie, mama ngan abah kena berusaha keras, usaha utk ke syurga.. utk berjumpa amni sayang..
Al- Fatihah utk baby amni...
No comments:
Post a Comment