Friday, October 17, 2008

Open house

Tuan rumah yang pakai tudung bunga kaler pink tu..


Assalamualaikum wbt,
today we went to Pn shaharimin's open house... byk sgt makanan! laksa penang, mihun utara, roti jala, etc etc... wah2.. meriah!


actually rasanya puan takde la beria nak buat open house, tapi staf2 dia yang over mintak open house.. hehe..



Wednesday, October 15, 2008

Muaz is 10 months old!!

Gambar @ my desktop, sebenarnye nak tunjuk tickers muaz tu..

Assalamualaikum,


I was supposed to post this yesterday, since Muaz was born on the 14th. Well, sorry Muaz, tak sempat la semlm. Anyway, my manja is already 10 months old! yeaa..

Progress:
  1. Dah boleh duduk sendiri
  2. Dah boleh buat gaya merangkak (tapi belum merangkak lagi.. gaya je lebih..;)
  3. Dah panjat tangga (smpai 6 anak tangga!)
  4. Belum ada gigi
  5. Makin byk vocab (baby vocab la..)

Mudah2han dipermudahkanNya segala urusan Muaz. Ameen..

Monday, September 08, 2008

COLD!!



Assalamualaikum wbt,





Sejuk betul kat office nie sampai tak leh nak berpikir rasanye.. huhu.. tu yang break kejap nie.


I found this article about reduce chances of miscarriege after seeing fetal heartbeat. Igtkan confirm reduce chances of miscarriage, rupanye tak la.. anyway, quoting my gyne "Just think happy thought!!" so, tak nak la pk2 pasal nie.. huhu.. *tp cuak jgk la...*

Anyway, nie gambar muaz yang sgt ceria time tgh tunggu abah dia kat lobi menara, nampak sgt takde gigi kan?! :)

Friday, August 22, 2008

Muaz in the office!





Muaz is in the office! :)

first time muaz naik office aku. Mlm nie abah dia lambat, after maghrib katanya..huhu...







Wednesday, August 20, 2008

Long Journey

Assalamualaikum wbt,

Last weekend is very tiring. We had a very long journey. The journey begins on Thursday after office hour, we drove back to Kuantan - my little brother was in kuantan to visit my sister, i haven't seen him in months since he is staying overseas.

Then on friday around 11.30 am, we got news that my "mok" (my last grandmother - from my family's side) passed away. We hurriedly packed our things and drove to Kota Bharu. Unfortunately we arrive just a little over 1 hour late - tak sempat tgk muka mok utk kali terakhir. *sob*

On sunday our journey continue - going back to KL. Total KM covered in 3.5 days appxmt 1200KM.

*I don't like travelling*




Muaz baru bangun tido in his car seat :)

Wednesday, August 06, 2008

BBQ @ Kelana Jaya

Assalamualaikum wbt,

Last weekend we when to a birthday party of a friend. To an apt (or is it kondo?) @ kelana jaya. I can't remember the apt's name but i really like the atmosphere there, the BBQ was held at the park, and there are lot of cool amenities such as swimming pool (for kids & adult), gym, stores, nice landscape and so on. and i think it is well maintained too.. :)

here is some of the pictures (unfortunately you can't really see the scenery there, more on muaz only :)
















Thursday, July 24, 2008

Muaz tak pakai baju coz tgh demam panas :)

Assalaualaikum wbt,
Muaz demam! last weekend muaz demam panas for the first time.. huhu. Cuak la kitaorg yang takde experience nie... suhu paling tinggi 38.9 pada jumaat mlm sabtu. tu pun aku rase sbb aku tertido and tak letak air kat kepala dia.. hehe.. apa la mama muaz niee...

Anyway, pepagi terus bawak pi klinik and alhamdulillah by isnin tu dah ok dah.. yeay!

Monday, July 07, 2008

Update on Muaz




Assalamualaikum wbt,

Halu.. today is "Hari Malas Sedunia" hehe.. very unmotivated since today is monday, today i have my 1st night class this sem, and today i have stomach pain! huhu... not a very good start this week. However since i;m gonna take a long leave (10-15 July) balik kelate.. Yeay! so need to pressure my self and do all my works otherwise it will be a haunting holiday ;)

Now, Muaz since last Saturday baru berjaya meniarap and ke depan.. punye la susah nengok dia angkat bontotnye.. hehe... sooo comel. Nanti nak amik video.

This is Muaz latest pic! :)

Wednesday, June 11, 2008

lilcaliph contest!

Assalamualaikum wbt,

We are one of the semi finalist in lilcaliph contest! yeay! :) Hopefully kawan-kawan can support by casting your votes to us.

You can vote by clicking here. Our picture is # 13 title Muaz & daddy. Just click on the stars to vote.

By the way, iff you want to visit lilcaliph website go to here

Thanksss :)

Monday, May 26, 2008

Muaz posing...


Assalamualaikum wbt,


Hari nie pagi2 lagi dah HAPPY coz nampak gambar muaz kat fotopages kc! Gambar time kitaorg pg outdoor photoshoot @ bukit Jalil on 18th May lepas. Tak sabar nak tgk seme gambar2 tu..

KC, cepat la upload gambar! huhu... :)
Btw, kalau korang nak beroutdoor potrait, visit la website KC, cantik wooo gambar2 dia!! Visit her fotopages.

Thursday, May 22, 2008

Outstation..

suamiku yg macho ;)

Assalamualaikum wbt,

Huhu... Suheimy outstation! At times like this I sometimes feels like i'm taking my hubby's presence for granted. When he is around i don't have to think about taking out the garbage, pasang ubat nyamuk, kunci pintu, bukak pintu pagar, angkat barang masuk kereta.. and the list goes on.. but since yesterday, seme kene buat sendiri... huhu...


I rarely says thank you for all the great2 things you've brought into my live sayang. But I know that you know how much you meant to me. :)


Huhu... rindu suamiku!! Come back home fast ye sayang.. :(

Friday, May 16, 2008

My good friend "turtle"

Assalamualaikum wbt,

Today, somehow tetiba nama "Rahmatul Naain" comes into my mind. Rindu betul rasa kat kawan baik time sekolah menengah nie. Kitaorg panggil dia "Turtle"... for no apparent reason... tak igt dah kenapa panggil dia turtle.. Btw, dia comel tau, not at all like a turtle :D
so, i end up Google her name and guess what?! i found her! immediately emailed her. Tried to call her office but no answer (ye la time nie opis dah tutup laa..)
Hopefully it's a valid email address.

So to "Turtle": Reply la email! lama betul tak dgr citer.. huhu...

Friday, May 09, 2008

I'm sad..


I'm sad coz i miss my muaz.


I'm sad coz i want to go home early.


I'm sad coz i there's nothing i can do to correct this.




..... still at the office.......

Mother's Day


Assalamualaikum wbt,


Yeaay.. Mother's day is near.. 3 days to go. I miss my mother so much. She is growing older, yet i rarely sees her now, since my parents move to Kelantan. I opposed their decision to move to Kelantan from the beginning, my argument is Kelantan is too far, if they decide to settle down in Kuantan, then we would be seing them every 2-3 months since we always go back to Kuantan, to visit our daugther's grave. *Sigh*


But, lastly i mengalah since, ye la, dah diaorg nak jugak.. we, the children would have to put more effort to go and see them, they are after all the parents! Kekadang aku terpikir, bayangkanlah betapa byknye pengorbanan mama kat aku, dgn pergi hantar sekolah, pegi hantar uni, pg hantar kerja, aku duk kat sekolah asrama dulu berapa byk kali mama n abah datang. aku kat uni pun berapa kali mama n abah dtg, dah kerja and kawin pun datang jugak lagi tgk aku.


Aku nie, nak ambik cuti and balik kampung pun nak berkira. Patut ke camtu?! Mmg la sibuk, byk aktiviti, time weken la nak rehat.. etc..etc.. abih tu, mak abah kita dulu tak ke camtu jugak? mereka pun mesti penat and nak rehat, tapi demi anak boleh je berkorban... huhu.. rindu mama!


Teringat kata-kata suamiku masa kami mula-mula kawin "Kalau aeimy nak pegi tolong mak jaga kedai, ija jgn la sedih. Katakanlah kalau aeimy mati masa on the way nak pg tolong mak jaga kedai, aeimy harap aeimy mati syahid". Syahid kerana niat tolong mak kerana Allah. Anak lelaki, mesti lah lebihkan mak dulu baru isteri, ye tak? Mudah-mudahan hati aku sentiasa redha menerima hakikat ini.. :)


Yes, mak mentua ialah ibu kita jugak, treat them sama macam mak kita. I love my mother and i love my mother is law too. :)


HAPPY MOTHER'S DAY MAMA & MAK!!


p/s: nak letak gambar mama & mak, tapi takde plak kat dlm pc opis nie.. so buh gambar muaz la.. (err..tak tau la ape kaitannye..hehe :)



Thursday, April 24, 2008

Muhammad Muaz Bin Suheimy


Assalamualaikum wbt,


Dah lama tak update blog :) sebenarnya sekarang life kami berubah sgt2. Kami dah ada anak lagi! that is what i keep telling myself, yes ija, you have a baby now. The baby survived. The baby is healthy and growing... Fast! Bile tgk muka muhammad muaz, rasa macam tak percaya dah ada baby. betul ke anak aku nie? betul ke aku dah ada anak sekarang? kekadang aku still tak percaya.


Maklumla.. terlalu lama rasanya menunggu.. alhamdulillah, akhirnya doa kami makbul. Doaku sekarang"ya Allah, bantulah kami mendidik anak-anak kami ini ke jalanMu ya Allah".


And semua kawan2 yang masih belum dpt merasai kegembiraan sebegini, aku sepenuh hati berdoa agar semuanya berpeluang merasai perasaan ini. Perasaan mempunyai anak. Perasaan menjadi mama and abah. InsyaAllah.

Thursday, October 19, 2006

Selamat Hari Raya





Selamat Hari Raya semua! selamat menyambut kemenangan, semoga kita mmg earned kemenangan kali ini. :)

Sepanjang puasa tak pernah putus berdoa utk pregnant :) tapi tak lupa juga berdoa sekiranya belum masa utk pregnant, sekiranya Allah masih nak menguji hambaNya ini, maka berilah ketenangan dan keredhaan dlm hati kami...

Raya kali ni rasa lebih bermakna... mungkin sbb hati mama amni nie dah boleh dikatakan setulus hati menerima ketentuan Allah mengenai pemergian anak2nya.. Alhamdulillah.. semoga abah amni pun sama :)

Sekali lagi, selamat hari raya. Selamat balik kampung. Selamat bermaaf-maafan. Selamat meneruskan perjuangan.

Wednesday, September 06, 2006

Apa pilihan kita?


MasyaAllah.. kenapa sampai begini sekali kafir provoke umat islam? Marah? Rasa tidak patut? Geleng kepala? Saya rasa itulah diantara reaksi terawal kita apabile melihat gambar tersebut... tetapi sejurus slps tu kenapa kita masih lagi menyokong US/ barat?

Mengapa dlm byk2 pilihan makanan, kita masih lagi menuju ke KFC, McD, Pizza Hut etc.. Mengapa kita masih lagi memilih shampoo Rejoice keluaran P&G? Mengapa demi utk menjimatkan sedikit wang kita sanggup melabur di Tesco?

Semuanya berbalik kepada pilihan-pilihan yang kita sendiri buat... Maka sahabatku sekalian.. pilihlah yang terbaik utk agama kita dan utk jaminan akhirat.

Saya pernah dgr satu cerita; ringkasannya: Apabila melihat Nabi Ibrahim dibakar.. seekor burung kecil berulang alik membawa air dgn paruhnya utk memadamkan api tersebut. Lantas tindakannya diketawakan oleh haiwan-haiwan lain kerana beranggapan perbuatan burung tersebut sia2. Lantas burung kecil tersebut menjawab " Aku takut nanti Allah bertanya kepadaku apakah yang aku buat utk menolong Nabi Allah ketika ia dibakar"

So, apa yang kita buat? Yang betul harap smpaikan.. yang salah harap dibetulkan. Wallahualam.

Monday, January 09, 2006

New Year's forecast.

Assalamualaikum wbt..

2006 is here! Am i suppose to be happy? well, to be frank, i'm not very thrill... it is almost a year went by since i lost my beautiful babies and i'm still not pregnant... i know people will definitely ask "dah ade ke?" "bile nak pregnant lagi?" etc..etc.. then when i reply "belum" with a fake smile. Then they will surely answer "takpela, nanti ade la tu" "oo ye ke" and some people do tell me "kuruskan la badan dulu sikit, baru senang skit".. just thinking about this makes me unhappy, makes me despise family reunion, meeting friends and the rest of the world.

It's not that i'm not happy.. it's just that i'm not feeling anything inside me... except for loneliness, pain, emptiness and more pain. Ah..the pain is very unbearable sometimes.. it makes me want to choke... lately i always feel dissapointed with myself. This stupid uterus! why couldn't you hold the embyro??

Most of the time i just want to be alone, where nobody can say something that could hurts my feelings, where i don't have to see other parents with their babies, where i can express my feeling freely, without having to pretend that i'm ok, i could not make myself to admit even to my own mother how i felt, how the event of losing my babies is hurting me more than i can endure, i just can't..i can only discuss it with my beloved husband. Thank you Allah for giving me such a wonderful husband.

Pls Fariza, pls remember that there are so many other things that you should be thankful about... or else i don't think i can survive much longer.. Ya Allah, kurniakanlah kami pengganti Amni2 kami.. ameen.

Thursday, November 17, 2005

Pindah Menara

Minggu depan aku pindah menara.. best ke ek? hmm...

Sekarang nie sekerap boleh aku tgk gambar baby2 amni, nanti dah kat menara..tak nak boleh nak bukak besar2 dah...seme org nampak... aku plak pantang tgk gambar baby mesti mengalir air mata... Ya Allah, baru la sekarang aku rase betapa kasihnya ibu pada anak.. mencurah-curah kasih sayang dlm hati aku ni utk baby amni... Patutla selalu kita dgr ramai ibu yang sanggup mati demi menyelamatkan anak.. and ye, kalau masa nak bersalin hari tu doktor tanye nak selamatkan ibu atau anak... aku takkan terfikir 2 kali... pastinya selamat anak2ku!

Tapi Allah itu ilmuNya jauh lagi luas dr akal manusia yang cetek ini... Dia maha Mengetahui, Dia maha berkuasa, Dia maha menentukan segala sesuatu, Dia Tuhan manusia!

Selalu suheimy igtkan aku..setiap segala ada hikmahnye...insyaAllah... Mudah2an hati ibu ini cepat sembuh dgn kehadiran cahaya mata baru. Ya Allah, permudahkanlah bg kami dan kurniakanlah kami anak yang soleh & solehah. Ameen.

Monday, October 31, 2005

Hari Raya.. Masa utk bergembira?

Assalamualaikum wbt.. Raya datang lagi.. Awal tahun dulu aku look forward sgt utk beraya thn ni.. Tak sabar rasa nak raya, balik kg suami dgn 2 org cahaya mata kami.. :)

Tapi ye lah..kita hanya mampu merancang...aku tak sangka raya kali nie begitu tak bermakna pada aku... terasa kosong... ishk...mesti org pun dah bosan baca blog aku nie...asyik2 pasal sedih hati sbb babies. Tapi realitinya macam tu... aku pun tak tau sampai bile aku akan terus2 bersedih dgn pemergian amni-amni ku yang tersayang.. maybe kalau bila kami dpt adik2 amni..insyaAllah terubat sikit hati kami... TAPI sampai sekarang, Allah masih nak uji kami kot..(atau kifarah atas dosa-dosa kami yang lalu) aku tak pregnant lagi... tapi ye la..kalu ikut lojik akal pun, baru 6 bulan aku bersalin, baru lagi kan.. tapi kalu dah mengalami peristiwa macam ni, rasa macam lambat sgt masa.. aku tak sabar nak sampai ke masa bila aku dpt baby lagi. Mesti suami aku happy sgt.. Aku teringin sgt nak buat suami aku happy.. aku tau dia terlalu ingin jadi abah.. Sabar ye sayang..

Emm...apa2 pun Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin. Buat kawan2 yang dah ada baby.. sujudlah bersyukur pada Allah sesungguhnya Allah telah memberi nikmat yang amat besar pada korang.