Wednesday, December 24, 2008
And the Verdict is... It's a GIRL!!
Yesterday i went to Dr Idora @ Pantai for my 24 weeks check-up. Canggih sungguh ultrasound Dr Idora, siap nampak blood vessel, then dia siap buat 3D scan, and the monitor is huge, like a 19" screen monitor!
And semlm nampak la gender baby.. it's a GIRL! tak sangka sungguh coz i had a dream that this baby is going to be a boy.. :) Alhamdulillah.. So, terjawab la persoalan yang suheimy selalu tanye kat baby "nie nak baju banyak ke nak baju sikit nie?" .. hehe, baju sikit means pakai baju abg Muaz je la...
To Suheimy, " nak baju banyak la abah!! " hehe..
Like her belated sisters, Nur Ami Izzah & Nur Amni Izzati, this baby's name will start with Nur Amni too, I like Nur Amni Izni, what do you guys think? :)
Friday, December 19, 2008
My birthday! :D
- On 12.01 am, hubby gave me a big hug and wish me birthday
- in the morning, we went back to sleep after Subuh prayer.. and only woke up around 9.30.. itupun sbb Muaz dah bangun and dah merangkak all over us.. hehe..
- keluar rumah around 10.30, sent muaz to baby sitter and then we went to mid valley
- bought movie ticket- the day the earth stood still and then pg makan nasik! lapar giler dah time tu coz tak brekpes.
- after the movie, we went shopping for baju muaz (err.. kenapa besday aku tapi muaz yang dpt baju.. aku pun tak tau). and i choose a sandal as my besday present.. very comfortable.. thanks sayang! :)
- The next day at the office, hubby suprise me with a basket of flowers delivered to the office.. tak sangka nak dpt flower delivery.. huhu..
Anyway, i truly treasure our tradition of taking leave for special occasions like this. Hopefully we can maintain the tradition sampai tua.. InsyaAllah.
Thanks to friends and family who wishes me happy birthday, thanks to bos coz bagi mug + ferrore roche..and a very special thanks to Suheimy Md Yusof, my guardian angel, the love of my life.
Tuesday, December 16, 2008
Welcome Arman Mikael Bin Suhaizan
Monday, December 15, 2008
HAPPY 1st BIRTHDAY MUAZ!
We bought him kereta for hadiah besday since it's his passion, sebenarnya Muaz suka sgt main tayar kereta.. so kitaorg beli kereta yang tayarnye mmg besar macam monster truck tu! :)
- makin manja + Sensitif! napa agaknye ek...
- dah boleh berdiri sendiri... but still tak melangkah lagi.. usahalah!!
- dah pandai tunjuk apa yang dia nak
- getting taller and bigger! huhu... anakku dah besar..
Skarang nie aku dah ckp2 ngan suheimy.. " anak kita dah besar, nanti dia dah nak kawin... huhu..." and suheimy would reply... "nanti la.. tunggu dia jalan dulu ek.." Psycho tak... hehe..
On a more serious note; Alhamdulillah, kami bersyukur sgt dah setahun jadi perents of Muhammad Muaz dan Alhamdulillah juga semua urusan kami dipermudahkanNya. Mudah2an semua kawan2 kami berpeluang merasa nikmatnya menjadi parents. Ameen.
Saturday, December 06, 2008
Family Day Suheimy! :)
Monday, November 17, 2008
Bencana Kejahilan Intimasi Suami Isteri
I found this article via susuibu.com website. It is from saifulislam. I think this article should be read and understand by all married person. So.. just doing my part to share. Happy reading!
Bencana Kejahilan Intimasi Suami Isteri
“Cuba ustaz fikir, semasa isteri saya mengandung, kami tidak berhubungan sehingga 7 bulan!” keluh seorang lelaki kepada saya.
“Berat tu. Macam-macam benda boleh jadi,” saya menjawab.
“Ya. Separuh gila saya dibuatnya,” katanya lagi.
Benar… tidak mudah untuk kaum lelaki diajak berbincang tentang rumahtangga mereka. Justeru saya tidak mengajak, namun cuba memenuhi permintaan apabila diajak. Perbualan secara personal, lebih memberi keselesaan.
Tugas saya pula bukanlah untuk menyelesaikan masalah rumahtangga sesiapa. Malah seorang kaunselor profesional juga tidak bertanggungjawab menyelesaikannya. Tetapi perbualan seperti ini, berfungsi untuk meleraikan kekusutan fikiran dan mengatur pandangan tentang hal-hal yang sudah kelam pandangan di atas bahu pemikulnya. Tindakan penyelesaian harus dilakukan sendiri oleh mereka yang berdepan dengan masalah itu.
BENCANA KETIKA BERPANTANG
“… Isteri-isteri kalian itu adalah sebagai pakaian bagi kalian dan kalian pula sebagai pakaian bagi mereka…” [Al-Baqarah 2: 187]
Terlalu banyak kes yang berlaku, rumahtangga dipukul badai semasa isteri mengandung dan berpantang. Ada masanya, seorang suami tidak dapat mengadakan hubungan intim dengan isterinya pada suatu tempoh yang amat panjang atas sebab yang pelbagai.
Ada isteri yang alah kepada bau suami semasa mengandung! Besar sungguh ujiannya.
Ada isteri yang dingin dan hilang keinginan tatkala dirinya berbadan dua. Suami menderita dan dirinya bersahaja.
Dan tidak dinafikan suami dan isteri ‘tidak berpengetahuan’ tentang kaedah-kaedah yang diharuskan oleh Syara’ untuk mereka bersama dalam keadaan diri yang terbatas.
PENGETAHUAN TENTANG SEKS
“Berhentilah melucahkan seks!”, banyak kali saya cuba mempopularkan terma ini.
Melucahkan seks bermaksud menjadikan seks sebagai subjek yang taboo, menjadi bahan ketawa dan senyum senget atas pelbagai persepsi mengenainya. Malah mungkin dianggap ‘gatal’ atau ‘gelenyar’ mengikut istilah Pantai Timur, tatkala seks mahu diperkatakan.
Lebih buruk, apabila seks menjadi bahan gurau senda dan bahan ketawa, hingga hilang kehormatan dan maruah subjek seks untuk ia diajar dan dipelajari.
Besar kekhuatiran dalam fikiran saya, memikirkan betapa peraturan-peraturan intimasi antara suami dan isteri menjadi subjek yang terlalu asing dari kita. Fikirkanlah bagaimana seorang suami yang jahil tentang kaedah intimasi mereka, berdepan dengan situasi yang menghalang mereka daripada mengadakan hubungan intimasi dek keterbatasan pengetahuan tentang cara, pilihan dan ruang-ruang yang diberikan oleh Islam.
Isteri mengandung.
Isteri berpantang dengan nifas.
Suami yang lemah tenaga batin.
Suami yang keletihan akibat tekanan kerja.
Kesemua situasi ini merupakan rutin atau masalah biasa yang mendatangi kehidupan berumahtangga dari semasa ke semasa. Bagaimanakah keadaan hubungan suami isteri, jika timbul sahaja keadaan seperti ini, mereka mengalah daripada melaksanakan salah satu maksud perkahwinan iaitu memenuhi naluri seksual seorang lelaki dan perempuan?
Ini belum mengambil kira soal tiadanya ransangan-ransangan yang sepatutnya menjadi hiasan hubungan antara suami dan isteri.
Isteri siang malam berbaju kelawar bertepek muka dengan bedak sejuk, tangan berbau bawang dan sanggul senget benget berikat gelung getah kuning. Suami pula selekeh dengan singlet Pagoda®, berkain pelekat, berbau hapak dan berjanggut berjambang tidak dikemas.
Apakah nilai rumahtangga yang ada pada suami dan isteri seperti ini?
‘SUNNAH OLEH PELACUR SIAM’
Terkenang saya kepada perbualan saya beberapa tokoh masyarakat yang peduli akan hal ini. Salah seorangnya menceritakan kepada saya bagaimana beliau pernah menjalankan siasatan tentang modus operandi pelacur-pelacur Siam yang ada di negara kita.
“Ustaz tahu apa yang pelacur itu buat?” tanya beliau kepada saya.
“Emm, manalah saya tahu!”, saya ketawa kecil memikirkan kepelikan soalan yang ditanya.
“Semasa menerima pelanggan, perkara pertama yang dilakukan oleh pelacur itu ialah memandikan pelanggannya hingga bersih. Siapa yang buat perkara ini?” tanya beliau kepada saya.
“Isteri Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam,” saya memahami maksud beliau.
“Selepas dimandi, pelacur Siam ini mengetip kuku pelanggannya hingga kemas dan bersih. Siapa yang buat perkara ini?” tanyanya lagi.
“Juga isteri baginda”, saya menambah.
“Itulah isunya. Segala bentuk layanan intimasi yang diajar oleh Sunnah, tidak pernah diamalkan dalam rumahtangga orang kita. Siapa yang amalkan Sunnah itu? Pelacur Siam!!!” kata beliau dengan penuh tegas.
“Semasa menerima pelanggan, perkara pertama yang dilakukan oleh pelacur itu ialah memandikan pelanggannya hingga bersih. Siapa yang buat perkara ini?” tanya beliau kepada saya.“Isteri Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam,” saya memahami maksud beliau.
“Mereka belajar di kuil Siam, teknik-teknik melayan lelaki mengikut legasi yang ada dalam budaya mereka,”, kongsi beliau dengan saya.
ILMU YANG TERPINGGIR
Bencana sungguh hal ini. Kaedah-kaedah suami melayan isteri dan isteri melayan suami, dirakam dengan baik, penuh kehormatan dan terpeinci di dalam Sunnah Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam, tetapi mahukah kita mempelajarinya? Malah sebelum itu, bagaimanakah persepsi kita tentang hal ini?
Semua itu adalah sebahagian daripada Sunnatullah yang memenuhi naluri manusia. Sunnatullah itu begitu, siapa buat dia dapat, siapa tinggal, terimalah akibat!
Jika isteri di rumah tidak peduli akan hal ini, tanpa mawaddah dan rahmah, bagaimana mungkin kita menolak kemungkinan suami mencari yang lain?
Jika suami tidak peduli akan keperluan isterinya, hanya memikirkan kepuasan diri sendiri, maka tanpa mawaddah dan rahmah dalam sebuah rumahtangga, bagaimana mungkin kita menolak kemungkinan isteri terbabit dalam pelbagai skandal yang menjijikkan?
Kita mempromosi perkahwinan sebagai jalan untuk mencegah zina, tetapi bagaimanakah rumahtangga yang tidak berfungsi dalam memenuhi naluri suami dan isteri boleh mencegah zina? Akhirnya calon penzina yang dihukum sebat oleh Islam, membiak menjadi calon penzina yang dihukum rejam hingga mati! Penzina dari kalangan lelaki dan perempuan yang sudah berumahtangga!
ANTARA HAK DAN PERANAN
Namun, semua ini sulit untuk berfungsi dengan baik di dalam sebuah rumahtangga apabila masing-masing bercakap tentang hak dan bukannya peranan. Siapakah yang bisa menunaikan hak isteri jika suami menolak peranan dengan alasan letih, sibuk, atau dengan celanya memberikan alasan “mana ada Tuhan laknat suami yang menolak isteri!” Astaghfirullah al-Adheem.
Siapakah yang bisa menunaikan hak suami jika isteri menolak peranan dengan alasan letih, alah, mengandung, berpantang dan lain-lain?
Akan tetapi jika suami dan isteri kembali kepada konsep hidup memberi, dan lebih memikirkan peranan berbanding hak yang diminta tunai itu, maka suami akan memainkan peranannya, walaupun sekadar untuk memenuhi keperluan isteri dan tidak dirinya. Seorang isteri akan memainkan peranannya, walaupun sekadar untuk memenuhi keperluan suami dan tidak dirinya.
Panduannya mahu dicari di mana?
Jangan taip di Google secara semberono.
Tetapi carilah pelajaran-pelajaran itu dari sumber kita yang sedia ada.
IA ILMU YANG BERMANFAAT
Sunnah mengajar kita bagaimana ketika Aisyah Radhiyallahu ‘anha berada dalam keadaan berhadas besar (berhaidh), Nabi Muhammad Sallallahu ‘alayhi wa sallam meminta Aisyah memakai pakaian yang khusus agar baginda dapat bermesra dengan isterinya tanpa melanggar batas-batas syara’. Malah Baginda sallallahu ‘alayhi wa sallam juga pernah mencium isteri baginda ketika berpuasa.
Hal-hal ini terakam dengan baik di dalam Sunnah Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam.
Mereka yang belajar Sunan Sittah akan pasti bertemu dengan banyak riwayat berkaitan dengan peraturan dan hubungan intimasi di antara baginda sallallahu ‘alayhi wa sallam dengan isterinya. Kesemuanya diceritakan dengan penuh tertib dan adab, tersedia sebagai ilmu yang bermanfaat untuk suami dan isteri.
Antara contoh buku yang baik, mengumpulkan hal-hal yang sebegini, adalah buku The Muslim Family Vol. 2: Closer Than A Garment: Marital Intimacy According to the Pure Sunnah oleh Muhammad al-Jibaly.
Mungkin banyak lagi pilihan yang ada, namun kita harus berusaha mencari, menyaring dan menapisnya. Perlu saya ingatkan, budaya melucahkan seks masih menebal di dalam masyarakat kita, maka buku-buku yang kononnya bertujuan membimbing pasangan yang berkahwin mengikut lunas Islam, ia ditulis dengan bahasa-bahasa songsang yang menimbulkan keaiban.
BERCAKAP TENTANG SEKS DENGAN PASANGAN
Justeru dalam keterbatasan sumber yang membelenggu kita, kaedah terbaik ialah dengan berbincang dan bercakap dengan pasangan masing-masing tentang keinginan suami dan isteri. Jangan terasa aib untuk berbincang dengan isteri berkenaan dengan perkara-perkara yang boleh membantu suami memenuhi keinginan dirinya, selagi mana hal ini berada dalam lingkungan keharusan syara’. Tanyalah suami, apakah bentuk layanan yang beliau mahukan agar keinginan dapat ditunaikan, tanpa perlu beliau itu liar kemahuannya meninggalkan yang halal mencari yang haram.
Jangan pula begitu selamba berlawak dan bersembang lucah di tempat kerja, tetapi malu dengan pasangan sendiri! Kalau dengan kawan bukan main lagi, tetapi dengan suami sendiri atau isteri sendiri, terasa beku, kaku dan buntu. Jika Islam melarang suami isteri bercakap tentang seks semasa ihram, ertinya di luar ihram, jadikanlah seks sebagai sebahagian daripada perkara yang diperkatakan antara suami dan isteri.
Jangan lucah di daerah yang haram, terpinga-pinga di medan yang halal. Nanti dilaknat Tuhan!
Saya mengingkari perbuatan suami yang menyelesaikan krisis rumahtangganya dengan maksiat. Malah juga berpoligami secara semberono tanpa usul periksa. Tetapi sebelum kesalahan keretakan rumahtangga banyak dibebankan ke atas suami, bagaimana pula dengan kesungguhan isteri berperanan dalam memelihara hubungannya dengan suami?
Semoga jangan kesedaran ini hanya timbul, selepas pelacur Siam muncul!
Moga dilindungi Allah dari bencana sedemikian rupa, Ameen.
Saturday, November 08, 2008
MUAZ!
Suheimy need to work late last tuesday and i had to bring Muaz to the office for maghrib prayers. Well, look at him playing on my cubicles and behind my PC! The monitor terbalik twice and i don't even want to describe what happens to the pens and files. :)
Friday, October 17, 2008
Wednesday, October 15, 2008
Muaz is 10 months old!!
- Dah boleh duduk sendiri
- Dah boleh buat gaya merangkak (tapi belum merangkak lagi.. gaya je lebih..;)
- Dah panjat tangga (smpai 6 anak tangga!)
- Belum ada gigi
- Makin byk vocab (baby vocab la..)
Mudah2han dipermudahkanNya segala urusan Muaz. Ameen..
Monday, September 08, 2008
COLD!!
Assalamualaikum wbt,
Sejuk betul kat office nie sampai tak leh nak berpikir rasanye.. huhu.. tu yang break kejap nie.
I found this article about reduce chances of miscarriege after seeing fetal heartbeat. Igtkan confirm reduce chances of miscarriage, rupanye tak la.. anyway, quoting my gyne "Just think happy thought!!" so, tak nak la pk2 pasal nie.. huhu.. *tp cuak jgk la...*
Anyway, nie gambar muaz yang sgt ceria time tgh tunggu abah dia kat lobi menara, nampak sgt takde gigi kan?! :)
Friday, August 22, 2008
Muaz in the office!
Wednesday, August 20, 2008
Long Journey
Wednesday, August 06, 2008
BBQ @ Kelana Jaya
Thursday, July 24, 2008
Monday, July 07, 2008
Update on Muaz
Wednesday, June 11, 2008
lilcaliph contest!
We are one of the semi finalist in lilcaliph contest! yeay! :) Hopefully kawan-kawan can support by casting your votes to us.
You can vote by clicking here. Our picture is # 13 title Muaz & daddy. Just click on the stars to vote.
By the way, iff you want to visit lilcaliph website go to here
Thanksss :)
Monday, May 26, 2008
Muaz posing...
Thursday, May 22, 2008
Outstation..
Assalamualaikum wbt,
Huhu... Suheimy outstation! At times like this I sometimes feels like i'm taking my hubby's presence for granted. When he is around i don't have to think about taking out the garbage, pasang ubat nyamuk, kunci pintu, bukak pintu pagar, angkat barang masuk kereta.. and the list goes on.. but since yesterday, seme kene buat sendiri... huhu...
I rarely says thank you for all the great2 things you've brought into my live sayang. But I know that you know how much you meant to me. :)
Huhu... rindu suamiku!! Come back home fast ye sayang.. :(
Friday, May 16, 2008
My good friend "turtle"
Today, somehow tetiba nama "Rahmatul Naain" comes into my mind. Rindu betul rasa kat kawan baik time sekolah menengah nie. Kitaorg panggil dia "Turtle"... for no apparent reason... tak igt dah kenapa panggil dia turtle.. Btw, dia comel tau, not at all like a turtle :D
so, i end up Google her name and guess what?! i found her! immediately emailed her. Tried to call her office but no answer (ye la time nie opis dah tutup laa..)
Hopefully it's a valid email address.
So to "Turtle": Reply la email! lama betul tak dgr citer.. huhu...