Wednesday, September 06, 2006

Apa pilihan kita?


MasyaAllah.. kenapa sampai begini sekali kafir provoke umat islam? Marah? Rasa tidak patut? Geleng kepala? Saya rasa itulah diantara reaksi terawal kita apabile melihat gambar tersebut... tetapi sejurus slps tu kenapa kita masih lagi menyokong US/ barat?

Mengapa dlm byk2 pilihan makanan, kita masih lagi menuju ke KFC, McD, Pizza Hut etc.. Mengapa kita masih lagi memilih shampoo Rejoice keluaran P&G? Mengapa demi utk menjimatkan sedikit wang kita sanggup melabur di Tesco?

Semuanya berbalik kepada pilihan-pilihan yang kita sendiri buat... Maka sahabatku sekalian.. pilihlah yang terbaik utk agama kita dan utk jaminan akhirat.

Saya pernah dgr satu cerita; ringkasannya: Apabila melihat Nabi Ibrahim dibakar.. seekor burung kecil berulang alik membawa air dgn paruhnya utk memadamkan api tersebut. Lantas tindakannya diketawakan oleh haiwan-haiwan lain kerana beranggapan perbuatan burung tersebut sia2. Lantas burung kecil tersebut menjawab " Aku takut nanti Allah bertanya kepadaku apakah yang aku buat utk menolong Nabi Allah ketika ia dibakar"

So, apa yang kita buat? Yang betul harap smpaikan.. yang salah harap dibetulkan. Wallahualam.